![]() |
Pengurusan Pelaburan |
Dalam pengurusan pelaburan, kami mengambil pendekatan yang
menyeluruh termasuk mengenalpasti objektif pelaburan dan menyediakan jangkamasa
pelan pelaburan samada untuk tempoh pertengahan (medium term) atau tempoh
panjang (long term), memantau kedudukan dan pencapaian pelaburan dalam tempoh
masa tertentu dan melaksanakan strategi pelaburan yang sesuai untuk menyeimbangkan
portfolio perlaburan pelanggan.
Perbincangan dan khidmat nasihat akan diberikan kepada
pelanggan dalam membuat keputusan untuk melabur dan agihan kategori aset (asset
allocation) bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan. Penekanan kami
adalah untuk mewujudkan proses yang konsisten dalam menilai pasaran dan
pemilihan kategori aset yang sesuai. Kaedah ini akan menjamin pencapaian pelan
pelaburan yang lebih stabil dalam jangka masa panjang.
Kami menggunakan pendekatan berikut dalam melaksanakan pelan
pelaburan yang efektif:
- Diversification (Diversifikasi) – memilih jenis aset dan kategori pelaburan yang berbeza supaya pelaburan dibuat dengan seimbang bagi mencapai objektif kewangan yang ditetapkan
- Ringgit Cost Averaging (RCA) - membuat pelaburan dengan kekerapan yang konsisten seperti setiap bulan
- Rebalancing (Perimbangan) – menganalisa pencapaian portfolio pelaburan dalam tempoh tertentu dan membuat imbangan semula sekiranya terdapat perubahan situasi semasa yang mempengaruhi pencapaian portfolio
- Switching (Penukaran) – membuat pemindahan pelaburan kepada jenis aset yang sesuai dengan objektif
- Redemption - menjual semula unit setelah mencapai objektif pelaburan dan mendapat keuntungan yang munasabah atau mengurangkan risiko kerugian
Pelaburan yang baik dan sesuai boleh dilaksanakan untuk
mencapai objektif yang berbeza seperti menyediakan tabung pendidikan anak-anak,
tabung persaraaan dan juga tabung untuk memulakan perniaagaan misalnya. Semua
adalah bergantung kepada kriteria yang ditetapkan bersama pelanggan dan
penerimaan risiko pelaburan (risk appetite).
No comments on "Pengurusan Pelaburan"