Zakat Perniagaan

Masa untuk bayar income tax!
Baru sibuk nak tengok berapa dah bayar zakat tahun lepas ;-)


ZAKAT PERNIAGAAN


Iaitu dikeluarkan hasil daripada perniagaan sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi atau saham.

§  Termasuk di dalam pengertian perniagaan ialah sebarang perusahaan yang bersifat untung dan rugi.

§  Selain daripada 5 syarat wajib zakat, hendaklah :
- Mempunyai niat berniaga
- Perniagaan yang halal

 

Harta perniagaan yang dikira dalam penentuan zakat

§  Barang perniagaan (stok akhir dinilai mengikut harga jualan semasa)

§  Wang tunai di tangan

§  Wang tunai di bank

§  Hutang niaga yang timbul daripada jualan secara kredit dan dijamin dibayar semula

§  Pelaburan dari hasil perniagaan (jangka pendek)

 

Kadar Nisab

§  Menyamai nilai semasa 85 gram emas.

 

Kadar Wajib

§  2.5 % atau 1/40 daripada harta perniagaan yang cukup nisab

Pengiraan Zakat
Kaedah pengiraan Zakat Perniagaan adah berdasarkan kepada penyata kunci kira-kira syarikat bagi sesuatu tahun kewangan. Terdapat 2 pendekatan berbeza yang boleh digunakan, namun ianya berasaskan kepada persamaan perakaunan yang seimbang iaitu:

 

Modal kerja
Aset/Harta semasa – liabiliti / tanggungan semasa +/- Pelarasan

 

Modal Berkembang
Ekuiti Pemilik + liabilit jangka panjang – aset tetap – aset separuh tetap +/- Pelarasan

 

Kedua-dua model tersebut akan memberikan jawapan yang sama berdasarkan kepada persamaan perakaunan. Walaubagaimanapun sebelum taksiran dibuat, beberapa item perlu diselaraskan/penyesuaian dengan merujuk kepada perincian fiqah zakat.

 

BATUK SELSEMA LEMAH ANTIBODI: surah al-Anfal (ayat 36-50)

A036



Ramai takaful advisors yang batuk & selsema.  Terasa tak sihat bila kerap adakan aktiviti di luar.  Berita Harian 14 Jan 2013 (AGAMA) ada bagi pedoman oleh Ashraf Muslim ayat penawar untuk kita amalkan.

Ayat untuk sakit batuk, selesema dan antibodi badan lemah, surah al-Anfal (ayat 36-50). Amalkan dan banyak kan berdoa kepada Allah.


Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.

Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman), dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi.


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh) maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu; Dia lah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu). 

Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(Iaitu) ketika kamu berada di tepi lembah yang dekat (ke Madinah) dan mereka (pihak musuh) berada di tepi lembah yang jauh (dari Madinah), sedang Kafilah (pembawa dagangan musuh) berada di tempat yang rendah dari tempat kamu (di tepi laut). 

Dan kalaulah kamu berjanji (dengan mereka mengenai peperangan itu) nescaya kamu akan berselisih pada menentukan harinya. Akan tetapi (pertemuan angkatan kamu dengan angkatan mereka yang tidak disangka-sangka itu) ialah supaya Allah melakukan suatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya, iaitu supaya orang (kafir musyrik) yang binasa itu, binasa dengan keterangan (yang membuktikan kesalahannya), dan supaya orang (Islam) yang hidup itu, hidup dengan keterangan (yang membuktikan kebenarannya); kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(Ingatlah wahai Muhammad) ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya; dan kalaulah Ia perlihatkan mereka kepadamu ramai bilangannya, tentulah kamu akan merasa gerun dan tentulah kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan (perang) itu. Akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

Dan (ingatlah) ketika Kami memperlihatkan mereka kepada kamu (wahai umat Islam) semasa kamu bertemu dengan mereka: sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu, dan kamu pula diperlihatkanNya: sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka; kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.

Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".

(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh agama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)". Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): "Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".

Wasiat & Perancangan Pewarisan

Wasiat & Perancangan Pewarisan 

Ramai yang mengelak apabila hendak membincangkan persoalan berkaitan Wasiat dan harta pusaka. 

Tetapi bagaimana pentingnya kita merancang untuk persaraan dan pendidikan anak-anak, perancangan perwarisan adalah sama penting. Ini adalah kerana perancangan yang baik akan menentukan masa depan yang lebih terjamin untuk ahli keluarga yang kita sayangi. 


Tanpa perancangan, kemungkinan waris akan mengalami beban kewangan dan tekanan emosi dalam menghadapi situasi kehilangan orang yang tersayang. 

Merancang dengan menulis Wasiat serta kaedah-kaedah lain perancangan perwarisan seperti Harta Sepencarian, Hibah, Amanah dan Waqf memberi peluang kepada anda menyatakan hasrat kepada ahli keluarga tersayang bagaimana menguruskan harta pusaka peninggalan dengan cara yang baik dan bermanfaat serta adil kepada waris. Di samping itu, bagi seorang Muslim anda juga boleh merancang untuk pelaburan di akhirat melalui amal jari’ah.

Ketahui lebih lanjut tentang kaedah-kaedah perancangan harta pusaka Islam dan bagaimana aplikasinya untuk manfaat keluarga anda:

Wasiat - dokumen penting yang menyatakan amanah & pesanan kepada waris-waris

Harta Sepencarian – deklarasi hakmilik dan perkongsian kepada aset yang diperolehi bersama oleh suami isteri selepas perkahwinan

Hibah – deklarasi pemberian aset dan amanah kepada penerima sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan

Waqaf - suatu pelaburan untuk Akhirat dengan membuat amanah untuk aset yang dimiliki bagi tujuan amal jariah dan mendapat keredhaan Allah semata-mata

Amanah - dokumen pindahmilik aset yang diamanahkan kepada suatu entiti bagi tujuan tertentu yang ditetapkan oleh pemberi amanah sebagai contoh untuk pendidikan, saraan hidup dan kebajikan kepada benefisiari

Mengapa perlu Wasiat?

Bukankah Hukum Faraid telah ditetapkan untuk orang Islam? Sistem perundangan di Malaysia yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka menjadikan perancangan perwarisan merupakan salah satu aspek penting dalam perancangan kewangan. Ketahui tentang kaedah perancangan harta pusaka yang berikut melalui perunding-perunding kami.

Pengurusan Pelaburan

Pengurusan Pelaburan


Dalam pengurusan pelaburan, kami mengambil pendekatan yang menyeluruh termasuk mengenalpasti objektif pelaburan dan menyediakan jangkamasa pelan pelaburan samada untuk tempoh pertengahan (medium term) atau tempoh panjang (long term), memantau kedudukan dan pencapaian pelaburan dalam tempoh masa tertentu dan melaksanakan strategi pelaburan yang sesuai untuk menyeimbangkan portfolio perlaburan pelanggan.

Perbincangan dan khidmat nasihat akan diberikan kepada pelanggan dalam membuat keputusan untuk melabur dan agihan kategori aset (asset allocation) bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan. Penekanan kami adalah untuk mewujudkan proses yang konsisten dalam menilai pasaran dan pemilihan kategori aset yang sesuai. Kaedah ini akan menjamin pencapaian pelan pelaburan yang lebih stabil dalam jangka masa panjang.

Kami menggunakan pendekatan berikut dalam melaksanakan pelan pelaburan yang efektif:
  • Diversification (Diversifikasi) – memilih jenis aset dan kategori pelaburan yang berbeza supaya pelaburan dibuat dengan seimbang bagi mencapai objektif kewangan yang ditetapkan
  • Ringgit Cost Averaging (RCA) - membuat pelaburan dengan kekerapan yang konsisten seperti setiap bulan
  • Rebalancing (Perimbangan) – menganalisa pencapaian portfolio pelaburan dalam tempoh tertentu dan membuat imbangan semula sekiranya terdapat perubahan situasi semasa yang mempengaruhi pencapaian portfolio
  • Switching (Penukaran) – membuat pemindahan pelaburan kepada jenis aset yang sesuai dengan objektif
  • Redemption - menjual semula unit setelah mencapai objektif pelaburan dan mendapat keuntungan yang munasabah atau mengurangkan risiko kerugian

Pelaburan yang baik dan sesuai boleh dilaksanakan untuk mencapai objektif yang berbeza seperti menyediakan tabung pendidikan anak-anak, tabung persaraaan dan juga tabung untuk memulakan perniaagaan misalnya. Semua adalah bergantung kepada kriteria yang ditetapkan bersama pelanggan dan penerimaan risiko pelaburan (risk appetite).

Perlindungan Takaful

Perlindungan Takaful
Setiap kita berhadapan dengan pelbagai risiko dan selalunya berkait rapat dengan komitmen kewangan apabila berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan, jatuh sakit, diagnos penyakit kritikal, kehilangan upaya sementara atau kekal dan kematian. Dalam perancangan kewangan, skim perlindungan insurans atau takaful adalah instrumen yang boleh digunakan sebagai persediaan menghadapi risiko yang berkenaan.

Apakah kemungkinan keadaan diatas berlaku? Adakah anda bersedia daripada segi kewangan sekiranya anda hilang upaya untuk bekerja lagi disebabkan oleh penyakit kritikal misalnya? Sekiranya berlaku kematian, adakah ahli keluarga anda boleh meneruskan kelangsungan hidup sedia ada?
  • Pelan perlindungan yang sesuai boleh diambil diantaranya ialah: 
  • Takaful Keluarga (Hayat, Penyakit Kritikal, Kemalangan) 
  • Takaful Pendidikan 
  • Pelan Perubatan (Cashless & Non-Cashless) 
  • MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) 
  • Takaful Am (Kenderaan, ‘Fire’, ‘Householder Houseowner’) 
Perancangan yang baik mengambil kira faktor tanggungan (ahli keluarga) dan juga pinjaman atau pembiayaan yang diambil bagi tujuan tertentu seperti pembelian hartanah atau kenderaan. Selain itu, faktor gaya hidup juga diambil kira dalam menentukan jumlah perlindungan dan jenis perlindungan yang anda perlukan.

Apabila anda peka dengan keperluan ini, maka perlindungan insurans atau takaful adalah salah satu kaedah untuk mengurangkan beban kewangan apabila terjadi sesuatu musibah yang tidak diingini. Kami membantu anda membuat analisa keperluan perlindungan yang munasabah dan menentukan jenis perlindungan yang sesuai dengan anda.

Perancangan Kewangan Islam

Perancangan Kewangan Islam
Perancangan kewangan amat penting bagi setiap peringkat kehidupan anda kerana ia membantu anda mencapai objektif kewangan melalui satu proses tersusun dan pemantauan dari semasa ke semasa. Secara umum, ia adalah satu proses yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam atau bukan Islam.

Kami membantu anda mengenal pasti objektif kewangan dalam setiap fasa kehidupan yang boleh dikenalpasti sebagai fasa Asas (Foundation Years), Pemerolehan (Acquisition Years), Pengumpulan (Accumulation Years), dan Persaraan (Retirement Years). Secara umumnya, matlamat kewangan boleh ditetapkan dan pelan perancangan yang menyeluruh disediakan mengikut keperluan pelanggan seperti:
  • Menyediakan Penyata Alirtunai (Cashflow Statement)
  • Menyediakan Penyata Nilai Aset Bersih (Networth Statement)
  • Pengurusan Hutang (Debt Management)
  • Merangka pelan untuk tabung persaraan & tabung pendidikan dengan pelaburan yang sesuai
  • Menyimpan untuk membeli rumah idaman
  • Menyediakan pelan perlindungan hayat & pendapatan melalui insurans atau takaful (Income Protection)
  • Perancangan perwarisan
  • ‘Business Succession Planning’
  • Bagi pelanggan yang beragama Islam, kami juga akan membincangkan beberapa aspek tambahan seperti Zakat dan Waqaf dalam perancangan kewangan anda.
Setiap individu adalah unik dan memerlukan pendekatan berbeza bergantung kepada matlamat kewangan yang ingin dicapai dan struktur kewangan semasa. Oleh yang demikian, melalui proses perancangan kewangan yang teliti dan teratur, matlamat anda akan tercapai.