Zakat Perniagaan

Masa untuk bayar income tax!
Baru sibuk nak tengok berapa dah bayar zakat tahun lepas ;-)


ZAKAT PERNIAGAAN


Iaitu dikeluarkan hasil daripada perniagaan sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi atau saham.

§  Termasuk di dalam pengertian perniagaan ialah sebarang perusahaan yang bersifat untung dan rugi.

§  Selain daripada 5 syarat wajib zakat, hendaklah :
- Mempunyai niat berniaga
- Perniagaan yang halal

 

Harta perniagaan yang dikira dalam penentuan zakat

§  Barang perniagaan (stok akhir dinilai mengikut harga jualan semasa)

§  Wang tunai di tangan

§  Wang tunai di bank

§  Hutang niaga yang timbul daripada jualan secara kredit dan dijamin dibayar semula

§  Pelaburan dari hasil perniagaan (jangka pendek)

 

Kadar Nisab

§  Menyamai nilai semasa 85 gram emas.

 

Kadar Wajib

§  2.5 % atau 1/40 daripada harta perniagaan yang cukup nisab

Pengiraan Zakat
Kaedah pengiraan Zakat Perniagaan adah berdasarkan kepada penyata kunci kira-kira syarikat bagi sesuatu tahun kewangan. Terdapat 2 pendekatan berbeza yang boleh digunakan, namun ianya berasaskan kepada persamaan perakaunan yang seimbang iaitu:

 

Modal kerja
Aset/Harta semasa – liabiliti / tanggungan semasa +/- Pelarasan

 

Modal Berkembang
Ekuiti Pemilik + liabilit jangka panjang – aset tetap – aset separuh tetap +/- Pelarasan

 

Kedua-dua model tersebut akan memberikan jawapan yang sama berdasarkan kepada persamaan perakaunan. Walaubagaimanapun sebelum taksiran dibuat, beberapa item perlu diselaraskan/penyesuaian dengan merujuk kepada perincian fiqah zakat.

 

No comments on "Zakat Perniagaan"

Leave a Reply